



27 Oktober 2023 | Atas semangat kebersamaan Keluarga UTeM, Pusat Pengurusan Penyelidikan & Inovasi UTeM telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan satu sesi taklimat khas berkenaan peranan CRIM dan Ekosistem Penyelidikan UTeM kepada semua staf akademik baharu yang telah melapor diri di UTeM mulai Januari sehingga Oktober 2023. Sesi ini telah disampaikan oleh Prof. Ts. Dr. Noreffendy Tamaldin, Pengarah CRIM yang turut dihadiri oleh Prof. Madya Ts. Dr. Tee Boon Tuan (Timbalan Pengarah CRIM) dan Ir. Dr. Anas Abdul Latiff (Timbalan Pengarah CRIM). Melalui sesi ini, diharap kesemua staf akademik baharu UTeM mendapat input berguna berkenaan pengurusan dan halatuju penyelidikan universiti yang seterusnya memainkan peranan mereka dalam membantu meningkatkan kecemerlangan P&I UTeM.