Sekiranya tuan puan masuk daripada pintu utama, jelas kelihatan meja merah di satu sudut dan terdapat tray untuk meletakkan dokumen. Sudut ini disediakan untuk penyelidik menghantar dokumen berkaitan geran penyelidikan. Turut dipamerkan ialah senarai semak yang boleh dirujuk untuk memastikan dokumen lampiran mencukupi. Sekiranya masih tidak jelas, Pn. Masuriya, Pn. Awin, Pn. Isma dan Cik Aqila sedia membantu.