WEBINAR : Dana Konsortium Kecemerlangan Penyelidikan (KKP) 2021 (Domain Teknologi dan Kejuruteraan)
Kementerian Pengajian Tinggi telah mewujudkan satu inisiatif baru di bawah Program HICoE iaitu Konsortium Kecemerlangan Penyelidikan (KKP) yang bertujuan untuk memantapkan lagi kerjasama di antara CoE/kumpulan penyelidik dalam aktiviti penyelidikan bidang nic. KKP adalah salah satu platform untuk menggalakkan CoE di IPT ke arah memperoleh penarafan sebagai HiCoE.
Selaras dengan pembukaan Dana KKP, Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (CRIM) UTeM dan Pejabat TNCPI UTeM telah menganjurkan Siri Webinar: Dana Konsortium Kecemerlangan Penyelidikan (KKP) 2021 bagi Domain Teknologi dan Kejuruteraan pada 20 April 2021 (Selasa) yang lalu.
Penceramah jemputan bagi Siri Webinar ini ialah YBhg. Prof. Dr. Che Hassan Bin Che Haron dari Universiti Kebangsaan Malaysia.