PENGENALAN MYRA

Malaysia Research Assessment (MyRA®) merupakan satu-satunya Sistem Penarafan Nasional untuk mengukur pencapaian dan kecemerlangan Institut Pengajian Tinggi bagi aktiviti di bawah melalui sistem analisis berdasarkan input-proses-output (IPO):

  • Penyelidikan
  • Pembangunan
  • Pengkomersialan dan inovasi (RDC&I)

Instrumen MyRA® mempunyai tiga(3) unsur utama iaitu:

  1. Indikator atau kriteria yang menilai IPT
  2. Tanda aras setiap indikator
  3. Mekanisme penskoran bagi setiap indikator

Pengumpulan data RDC&I yang lengkap dan menyeluruh daripada setiap IPT adalah penting untuk membantu Pengurusan Tertinggi Institusi dan Kementerian untuk merangka hala tuju dan dasar Pendidikan Tinggi Negara.