Pihak CRIM UTeM ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada YBrs. Dr. Nurul Fadzly Habidin kerana telah sudi meluangkan masa dalam menjayakan Bengkel Persediaan Proposal Geran FRGS 2023 Siri IV. Semoga sesi bengkel ini telah memberikan manfaat kepada penyelidik UTeM dalam membuat persiapan untuk permohonan Geran FRGS 2023 kelak.
Bengkel Persediaan FRGS 2023 Siri III
Sekitar sesi Bengkel Persediaan FRGS 2023 Siri III yang telah diadakan di Bilik Jamuan Auditorium FKP, Kampus Induk UTeM. Siri bengkel ini merupakan salah satu inisiatif strategik pihak CRIM UTeM di bawah Program “Road to KPT Grants 2023” dan merupakan siri bengkel yang ketiga. Penceramah dan mentor jemputan bagi siri kali ini ialah YBrs. Prof. Dr. Ku Ruhana Ku Mahamud dari Universiti Utara Malaysia. Bengkel dimulakan dengan taklimat berkenaan Garis Panduan Permohonan FRGS pada sebelah pagi dan sebelah petang pula merupakan sesi penambahbaikan proposal permohonan bersama penceramah jemputan.
Pihak CRIM UTeM ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada YBrs. Prof. Dr. Ku Ruhana Ku Mahamud kerana telah sudi meluangkan masa dalam menjayakan Bengkel Persediaan FRGS 2023 Siri III ini. Semoga sesi bengkel ini telah memberikan manfaat kepada penyelidik UTeM dan nantikan siri bengkel yang seterusnya pada 19 Januari 2023.
Bengkel Bistari CRIM Siri II bagi Program Bimbingan Penulisan Jurnal Bidang Sains & Teknologi Berimpak Tinggi bermula hari ini dengan Sesi Pengenalan disampaikan oleh Dr. Iskandar Waini dan Ts. Dr. Nurul Hanim Razak.
Program bimbingan berstruktur ini dijangka mampu melonjakkan kualiti penerbitan jurnal sedia ada ke tahap yang lebih berimpak.
Pemantaun Fasa 1 bakal dilaksanakan pada minggu ke-4 Januari 2023, dan seterusnya pemantauan Fasa 2 pada minggu ke-4 Februari 2023.
Terima kasih kepada semua mentor yang hebat !, dan semua mentee yang penuh berdedikasi
.
Sekitar sesi Bengkel Persediaan FRGS 2023 Siri I yang telah diadakan di Bilik Jamuan Auditorium FKP, Kampus Induk UTeM. Siri bengkel ini merupakan salah satu inisiatif strategik pihak CRIM UTeM di bawah Program “Road to KPT Grants 2023” dalam membantu para penyelidik UTeM menyediakan proposal permohonan yang berkualiti. Penceramah dan mentor jemputan bagi siri kali ini ialah YBrs. Prof. Dr. Che Hassan Che Haron dari Universiti Kebangsaan Malaysia. Bengkel dimulakan dengan taklimat berkenaan Garis Panduan Permohonan FRGS pada sebelah pagi dan sebelah petang pula merupakan sesi penambahbaikan proposal permohonan bersama penceramah jemputan.
Pihak CRIM UTeM ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada YBrs. Prof. Dr. Che Hassan Che Haron kerana telah sudi meluangkan masa dalam menjayakan Bengkel Persediaan FRGS 2023 Siri I ini. Semoga sesi bengkel ini telah memberikan manfaat kepada penyelidik UTeM dan nantikan siri bengkel yang seterusnya pada bulan Januari 2023.
Sekitar sesi Jerayawara Informatif CRIM di Fakulti Kejuruteraan Mekanikal (FKM). Sesi selama satu jam ini bertujuan untuk berkongsi maklumat berkenaan peranan CRIM UTeM, ekosistem dan strategi penyelidikan & inovasi UTeM kepada para staf akademik di FKM. Turut hadir ke sesi ini ialah YBrs. Prof. Madya Dr. Mohd Fadzli Abdollah, Dekan FKM dan YBrs. Prof. Ts. Dr. Noreffendy Tamaldin, Pengarah Pusat Pembuatan Termaju (AMC).
Jutaan penghargaan dan terima kasih dirakamkan kepada Dekan FKM dan staf akademik FKM yang dapat hadir ke sesi jerayawara kali ini.