PENGENALAN MYRA
Malaysia Research Assessment (MyRA®) merupakan satu-satunya Sistem Penarafan Nasional untuk mengukur pencapaian dan kecemerlangan Institut Pengajian Tinggi bagi aktiviti di bawah melalui sistem analisis berdasarkan input-proses-output (IPO):
- Penyelidikan
- Pembangunan
- Pengkomersialan dan inovasi (RDC&I)
Instrumen MyRA® mempunyai tiga(3) unsur utama iaitu:
- Indikator atau kriteria yang menilai IPT
- Tanda aras setiap indikator
- Mekanisme penskoran bagi setiap indikator
Pengumpulan data RDC&I yang lengkap dan menyeluruh daripada setiap IPT adalah penting untuk membantu Pengurusan Tertinggi Institusi dan Kementerian untuk merangka hala tuju dan dasar Pendidikan Tinggi Negara.
