Skip to main content

Tag: enumator

Soalan Lazim

Soalan Lazim

Berikut adalah soalan-soalan lazim yang ditanya oleh pengunjung laman web rasmi CRIM.

A) Pengurusan Geran & Projek Penyelidikan
1. Apakah jenis-jenis geran penyelidikan?

1. Apakah jenis-jenis geran penyelidikan?

Jenis-jenis geran penyelidikan ialah:

(a) Geran Penyelidikan UTeM;
(b) Geran Penyelidikan Nasional (KPM/MESTECC/dan lain-lain);
(c) Geran Penyelidikan Industri/Swasta; dan
(d) Geran Penyelidikan Antarabangsa.

2. Apakah pembantu penyelidik siswazah (GRA)?

2. Apakah pembantu penyelidik siswazah (GRA)?

GRA merupakan pembantu penyelidik yang juga merupakan pelajar pascasiswazah (Sarjana/PhD) sepenuh masa di UTeM

3. Apakah skop tugas GRA?

3. Apakah skop tugas GRA?

Menjalankan penyelidikan sehingga projek tamat tempoh dan bergraduat dalam tempoh ditetapkan.

4. Apakah Geran Penyelidikan Jangka Pendek (PJP)?

4. Apakah Geran Penyelidikan Jangka Pendek (PJP)?

Geran ini merupakan PENGGALAKAN kepada penyelidik muda yang berpengalaman kerja kurang daripada lima (5) tahun untuk menjalankan projek penyelidikan.

5. Apakah Geran Penyelidikan PJP-Top Down?

5. Apakah Geran Penyelidikan PJP-Top Down?

Geran ini merupakan geran penyelidikan kompetitif berpasukan atau perseorangan yang ditawarkan kepada pensyarah Gred 45 dan ke atas. Geran ini merupakan projek penyelidikan yang membantu kepada penyelesaian masalah semasa di UTeM atau memenuhi mana-mana arahan semasa oleh pihak UTeM atau lain-lain pihak yang berkepentingan.

6. Apakah Geran Penyelidikan PJP Berimpak Tinggi?

6. Apakah Geran Penyelidikan PJP Berimpak Tinggi?

Peruntukan PJP Berimpak Tinggi merupakan suntikan kewangan daripada UTeM kepada penyelidik bagi terus meningkatkan dan memperkasa kualiti penyelidikan dan inovasi agar UTeM dapat menerajui kecemerlangan dalam bidang-bidang yang dikenalpasti.

7. Apakah maksud Enumerator?

7. Apakah maksud Enumerator?

Individu yang terdiri daripada pelajar UTeM atau individu luar yang dilantik dan diterima bekerja bersama kumpulan penyelidikan universiti dan melaksanakan aktiviti pengedaran/pengumpulan kertas soal selidik penyelidikan di bawah peruntukkan geran penyelidikan.

8. Apakah khidmat perunding penyelidikan?

8. Apakah khidmat perunding penyelidikan?

Individu/syarikat berkelayakan yang dilantik untuk bekerjasama dengan kumpulan penyelidikan universiti bagi melaksanakan analisis terperinci data yang dikumpul melalui Penyelidiakn Jangka Pendek Universiti atau dana khas yang berkaitan geran penyelidikan.

Untuk pertanyaan lanjut berhubung geran penyelidikan, sila hubungi:

Encik Azman Bin Mat Aris
Penolong Pendaftar Kanan
06-2701765
azmanaris@utem.edu.my

B) Pengurusan Persidangan & Penerbitan
1. Bagaimanakah penerbitan prosiding dan jurnal?

1. Bagaimanakah penerbitan prosiding dan jurnal?

Prosiding persidangan perlu mendapat Indeks SCOPUS atau ISI (WoS) atau kedua-duanya. Artikel yang diterima masuk ke persidangan perlu mempunyai bukti sahih menyatakan ia pasti diterbitkan ke jurnal berindeks SCOPUS, ISI (WoS) atau kedua-duanya tanpa sebarang bayaran tambahan.

2.Bagaimanakah cara untuk memohon menghadiri persidangan?

2. Bagaimanakah cara untuk memohon menghadiri persidangan?

Pemohon perlu merujuk kepada kalendar latihan di URIS. Jika latihan/persidangan tersebut tiada disenaraikan, maka pemohon perlu menyerahkan borang CRIM(ISO)/PPP/RND07 untuk didaftarkan dalam sistem URIS. Ketua projek, ahli projek dan GRA/RA bagi geran yang berstatus aktif berkaitan sahaja boleh menggunakan bajet penyelidikan bagi tujuan latihan.

Untuk pertanyaan lanjut berhubung persidangan dan penerbitan, sila hubungi: 

Cik Anisah Binti Zainal
Penolong Pendaftar
06-2701327
anisah.zainal@utem.edu.my

Continue reading