Skip to main content

Tag: pengurusan tenaga

Pengurusan Tenaga

Pengurusan Tenaga

PENGENALAN

UTeM telah memulakan Sistem Pengurusan Tenaga (SPT) sejak tahun 2015 dengan penuh komitmen secara berterusan menerusi Polisi Tenaga UTeM. Pada tahun 2018 UTeM telah bersetuju berkaitan perubahan Polisi tenaga Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) kepada Dasar dan Garis Panduan Pengurusan Tenaga Universiti Teknikal Malaysia Melaka (DGP Tenaga UTeM).

Objektif Pengurusan Tenaga UTeM :-

  • Untuk mengurangkan jejak karbon melalui pengurusan tenaga, air dan bahan api kenderaan yang cekap.
  • Untuk mengurangkan penggunaan tenaga sebanyak tiga (3) peratus setahun bagi setiap satu meter persegi ruang bangunan mulai tahun 2015.
  • Untuk mengurangkan penggunaan tenaga sebanyak lapan belas (18) peratus pada Tahun Fiskal 2020 bagi setiap satu meter persegi ruang bangunan (dengan menggunakan Tahun Fiskal 2014 sebagai asas)

UTeM ke arah penarafan EMGS 3 Bintang :-

  • Untuk mencapai goal ke 6 dalam  ( 7 ) Seven Strategic Goal UTeM iaitu Smart & Dynamic Campus.
  • Untuk mencapai standard Tertinggi dalam Pengurusan Tenaga iaitu penarafan EMGS 3 Bintang.
 
Pembudayaan UTeM Bangkit Bersama Cekap Tenaga :-  
  • Padamkan lampu, kipas, aircond, komputer, projector dan lain-lain peranti elektrik jika tidak digunakan
  • Menutup pintu dan tingkap bagi ruang berhawa dingin
  • Set suhu penghawa dingin 24oC -26oC. 
  • Melaporkan kepada pihak pengurusan sekiranya terlihat ada pembaziran elektrik

DEKLARASI KOMITMEN

PROGRAM BERSEPADU KITAR SEMULA (BeKaS)

3R Friday@KPKAmerupakan salah satu daripada aktiviti di dalamProgram Bersepadu Kitar Semula (BeKaS) UTeM . BeKaS adalah satu usaha untuk menyatukan pelbagai aktiviti kitar semula dalam satu tindakan yang bersepadu dan  untuk mewujudkan medium yang sesuai bagi menggalakkan warga UTeM melakukan aktiviti kitar semula secara konsisten dan berterusan.

Usaha ini di harap dapat memastikan amalan hijau sentiasa dapat dipraktikkan dalam kehidupan dan memberi natijah serta kesan yang baik kepada alam sekitar. Sasarannya adalah penyertaan oleh warga UTeM untuk menghantar barangan kitar semula pada hari yang telah ditetapkan.

Pada setiap hari Jumaat, Warga UTeM boleh membawa dan menghantar barangan kitar semula ke Pejabat Keselamatan Pekerjaan Dan Kelestarian Alam Sekitar (KPKA) atau terus ke Pusat Kitar Semula di Kampus Teknologi, UTeM.Antara barang kitar semula yang boleh dihantar pada hari tersebut adalah minyak masak terpakai, plastik, kertas dan e-waste.

Maklumat lanjut berkaitan Program Bersepadu Kitar Semula (BeKaS) UTeM:

Continue reading