Universiti telah bersetuju untuk meraikan kecemerlangan staf yang aktif menerbitkan artikel di jurnal berindeks pada tahun 2024. Penerbitan artikel di jurnal berindeks membantu universiti dalam pelbagai aspek, termasuk peningkatan reputasi akademik, penarafan institusi, dan pembangunan kepakaran penyelidik.
Universiti bersetuju untuk memberikan Insentif Kecemerlangan Penyelidikan (Penerbitan) kepada staf akademik (Pensyarah, Pensyarah Kanan, Prof. Madya, Profesor) yang telah menerbitkan artikel jurnal berindeks SCOPUS/WOS dan melebihi KPI pada tahun 2024 berdasarkan perincian seperti poster di bawah.