Program Penyelidik Pasca Doktoral Jarak Jauh
Assalamualaikum wrt. wbt. dan Salam Sejahtera,
YBhg. Datuk/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan,
Sukacita dimaklumkan bahawa Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) melalui Centre for Research and Innovation Management (CRIM) membuka permohonan bagi Program Penyelidik Pasca Doktoral Jarak Jauh.
Program ini bertujuan menarik penyelidik pasca-doktoral yang berkelayakan untuk menjalankan penyelidikan secara jarak jauh bersama penyelia UTeM, dengan tawaran honorarium / insentif penerbitan jurnal berindeks WoS dan Scopus.
Tempoh lantikan:
Satu (1) tahun tertakluk kepada peruntukan kewangan.
Petunjuk Prestasi Utama (KPI):
Penerbitan artikel jurnal berindeks WoS Q1/Q2 dan Scopus seperti yang ditetapkan oleh universiti.
Sehubungan itu, YBhg. Datuk/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan dijemput untuk merujuk poster hebahan yang dilampirkan bagi maklumat lanjut serta mengemukakan permohonan melalui kod QR yang disediakan.
Tarikh tutup permohonan: 30 Januari 2026
Sebarang pertanyaan lanjut boleh dikemukakan kepada:
Pn. Norsuria binti Azis
Emel: [email protected]
Kerjasama dan perhatian YBhg. Datuk/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan amat dihargai.
Sekian, terima kasih.
