Hari Terbuka Bersama GRA

18 April 2025
 
Sempena bulan Syawal yang masih diraikan, CRIM telah mengambil kesempatan untuk mengadakan Hari Terbuka bersama GRA yang telah berlangsung dengan jayanya dengan kehadiran yang amat menggalakkan.
 
Acara dimulakan dengan ucapan ringkas mengalu-alukan kehadiran GRA aktif dan juga baharu serta memperingatkan secara ringkas tanggunjawab GRA dalam membantu penyelidik UTeM dengan projek penyelidikan yang sedang berjalan. Seterusnya, Puan Hasliza daripada PLH UTeM telah menyampaikan taklimat mengenai Research Support Program iatu pengenalan kepada sistem sokongan yang disediakan serta boleh dimanfaatkan oleh GRA dalam melaksanakan projek penyelidikan.
 
Acara diteruskan dengan sesi perkongsian pengalaman dan tips berguna oleh Saudara Muhammad Alif Che Azman dalam penyediaan Laporan Teknikal secara konsisten sehingga beliau berjaya mendapat anugerah Best Technical Report pada 2024. Seterusnya Pengarah telah menyampaikan Anugerah Penerbitan 2025 kepada Sdr. Mohamad Afiq Bin Sharum , Sdr. Muhammad Akmal Bin Kosnan dan Sdr. Muhammad Syafiq Syazwan Bin Abu Zaki.
 
Terima kasih kepada semua yang hadir dan semoga penganjuran program seperti ini dapat diteruskan di masa akan datang.