Skip to main content

Hebahan Pembukaan Geran Penerbitan
Buku Ilmiah Tahun 2026

Assalamualaikum Wrt. Wbt. Dan Salam Sejahtera,

HEBAHAN PEMBUKAAN GERAN PENERBITAN BUKU ILMIAH TAHUN 2026

Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (CRIM) dengan kerjasama Penerbit Universiti UTeM mempelawa warga akademik UTeM untuk mengemukakan permohonan Geran Penerbitan Buku Ilmiah bagi Tahun 2026. Permohonan ini dibuka mulai 10 Jun 2026 sehingga 9 Julai 2026.

Syarat-syarat Permohonan:-
1. Geran ini terbuka kepada semua staf akademik yang sedang berkhidmat secara aktif di UTeM, merangkumi Pensyarah, Pensyarah Kanan, Profesor Madya, Profesor, Jurutera, Pengajar dan Guru Bahasa.
2. Tempoh pelaksanaan adalah maksimum 12 bulan.
3. Jumlah siling peruntukan yang ditawarkan adalah RM3,000.00 bagi setiap permohonan.
4. Pemohon hendaklah mengemukakan borang permohonan yang lengkap berserta draf manuskrip / sinopsis buku. Buku yang dicadangkan mestilah berasaskan hasil penyelidikan sama ada yang sedang dijalankan atau yang telah selesai.
5. Pemohon juga dikehendaki membaca dan memahami Garis Panduan Permohonan Geran Penerbitan Buku Ilmiah, serta melengkapkan Borang RND01 yang disertakan bersama hebahan ini.

Permohonan yang lengkap boleh dikemukakan melalui pautan yang disediakan seperti berikut: PENGHANTARAN PERMOHONAN - GERAN PENERBITAN BUKU ILMIAH TAHUN 2026 – Fill out form

Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan geran ini, sila hubungi:

1. Puan Sharifah Aishah binti Syd Ismail (CRIM) Alamat e-mel ini dilindungi daripada bot spam. Anda perlu JavaScript diaktifkan untuk melihatnya.
2. Puan Nadiah binti Rahim (CRIM) Alamat e-mel ini dilindungi daripada bot spam. Anda perlu JavaScript diaktifkan untuk melihatnya.
3. En. Muhammad Adli bin Md Isa (Penerbit Universiti Alamat e-mel ini dilindungi daripada bot spam. Anda perlu JavaScript diaktifkan untuk melihatnya.

Hubungi Kami


PUSAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN & INOVASI
Universiti Teknikal Malaysia Melaka,
Pusat Pengurusan Penyelidikan & Inovasi
Blok A, Tingkat 1,
Hang Tuah Jaya,
76100 Durian Tunggal, Melaka.
Tel : +6062292112
Fax : +6062292412
Emel : Alamat e-mel ini dilindungi daripada bot spam. Anda perlu JavaScript diaktifkan untuk melihatnya.

Waktu Operasi


Isnin - Jumaat | 8.00 am - 5.00 pm
WAKTU REHAT
Isnin - Khamis | 1.00 pm - 2.00 pm
Jumaat | 12.15 pm - 2.45 pm
© Hak Cipta Untuk Pusat Pengurusan Penyelidikan & Inovasi (Crim).