Polisi Penyelidikan Universiti Teknikal Malaysia Melaka menekankan bahawa setiap aktiviti penyelidikan hendaklah dijalankan secara beretika, bertanggungjawab dan mematuhi undang-undang serta garis panduan kebangsaan dan antarabangsa. Tanggungjawab etika ini merangkumi objektif, metodologi, pengumpulan dan pengurusan data, penerbitan serta perlindungan harta intelek. Penyelidik bertanggungjawab memastikan maruah, kebajikan, keselamatan dan hak subjek kajian dilindungi serta mengelakkan sebarang bentuk salah laku, eksploitasi, kerosakan kepada alam sekitar.
Jawatankuasa Etika Penyelidikan UTeM menjalankan semakan bagi penyelidikan melibatkan yang melibatkan benda hidup iaitu manusia, haiwan, tumbuhan, data peribadi dan privasi dan biokeselamatan. Semua aktiviti penyelidikan yang melibatkan benda hidup tersebut wajib mendapatkan kelulusan daripada Jawatankuasa Etika Penyelidikan UTeM sebelum kerja penyelidikan dan pengumpulan data dimulakan.
Maklumat lanjut boleh didapati dalam dokumen berikut :